Thursday, October 23, 2008

Sepasang Kasut Itu..

Telinga Amir mula rasa berdengung apabila keretanya mula mendaki lebuhraya Karak berhampiran dengan Genting Sempah itu. Di tekannya pedal minyak sekuat hati untuk memastikan kereta buruknya mampu mendaki jalan berbukit yang seakan ular sawa dipalu itu. Kehijauan hutan sepanjang perjalanan begitu mengasyikan dirinya. Suara gurau-tawa dua orang anaknya begitu menghiburkan hatinya dan menenggelamkan gemersik lagu Dealova nyayian Once yang diputar oleh stesen radio ERA. Janji untuk membawa dua orang anak kesayangannya melihat dan bermain dengan gajah di Pusat Pemuliharaan Gajah, Kuala Gandah Lancang mesti ditunaikan hari ini.

Sebenarnya Amir boleh memilih untuk Genting Highlands sahaja. Anak-anak tentu seronok. Taman tema Genting Highlands pasti menjanjikan keriangan untuk kanak-kanak. Tapi Amir fikir itu bukanlah yang terbaik untuk mereka. Anak-anak harus dididik dekat dengan alam. Mendidik mereka mengenal Sang pencipta alam. Mendidik mereka mengenal kebesaran Tuhan. Biar mereka mampu memandang yang banyak tetapi tetap nampak yang Satu, Allah S.W.T, yang menciptakan 7 petala bumi dan tujuh petala langit berserta isinya. Lamunan Amir tiba-tiba terhenti bila bahunya ditepuk lembut oleh anak lelakinya,Khair, “ Ayah, kasut sekolah Khair dah buruk laa.. boleh kita beli yang baru tak? “ Kasut Qilah pun dah lama la ayah..” sampuk si puteri comelnya. Amir hanya mampu tersenyum tawar. Isterinya hanya menjeling sambil mengangguk. Seingatnya, kasut-kasut anaknya masih baik dan bersusun penuh di rak kasut.

Tiba-tiba ingatan Amir terus menerjah ke zaman silamnya dulu. Kenangan yang mengajar dia erti sebuah kehidupan. Erti hidup yang menjadikan dia manusia tabah. Dia teringat kasut sekolahnya dulu. Sepasang kasut BATA yang dipakainya untuk setahun. Kasut yang bertapak hijau. Kasut yang dipakai untuk mengalas kakinya untuk menapak melalui jalan-jalan estet getah sejauh 1.5 kilometer untuk kesekolah. Kasut yang digunakan untuk hari-hari sukan dan kadang-kadang itulah kasut yang digunakan untuk berhari-raya. Kasut itu mengajar dia erti berdikari. Dia masih ingat, dia dilatih membasuh kasut sendiri seawal darjah satu. Dia masih ingat, kali pertama dia membasuh kasut sekolahnya, dia menggunakan sabun Lux. Sabun mandi yang wangi. Dia masih ingat, Kak Longnya menegurnya dan mengantikan dengan sabun buku yang berwarna hijau. Sabun cap kapak. Ya, sabun cap kapak. Disentalnya sekuat hati, hingga mengelupas kulit tangannya. Setelah bersih, dikapur putih dan dijemur. Dia sedar, ketika itu aruah ayahnya mengajar dia berdikari. Ajar dia bertanggungjawab, atas masalah sendiri. Jadi dia tidak akan kotorkan kasutnya sesuka hati. Dia sedar, sebenarnya dia diajar membersihkan kotoran hati, menyental kasut ibarat menyental hati. Menyental kasut menghilangkan rasa sombong diri. Orang sombong tidak akan rela membasuh kasutnya sendiri. Orang sombong tidak akan merendah diri. Dia sedar, aruah ayahnya seorang pendita hebat. Dalam suruh ada ilmu. Dalam pandang ada teguran.

Dia masih ingat, kasutnya pernah terkoyak beberapa kali. Kadang-kadang sehingga ternampak ibu jari. Untuk menyuarakan hasrat hati pada aruah ayah terasa malu. Ayahnya bukan orang senang. Berapalah sangatlah gaji ayahnya sebagai buruh kasar di Jabatan Pertanian tu. Membesarkan enam orang anak-anak bukanlah perkara senang. Dia pendamkan sahaja hasrat hati. Dicari benang dan jarum di laci dan dijahit sendiri. Dia belajar lagi. Kali ini erti empati. Hatta, pemimpin agung Islam, baginda Rasulullah s.a.w menjahit sendiri pakaiannya yang koyak. Dia belajar lagi, sebenarnya dia sedang menjahit hatinya yang koyak. Dari sifat terlalu ingin memiliki.

Pernah dulu kasutnya koyak-rabak ketika dalam perjalanan kesekolah. Tak mampu dijahit lagi. Hendak pulang kerumah, sudah hampir kesekolah. Mahu tidah mahu, diseret saja kakinya supaya kasut itu tidak terlepas dari kakinya. Teman sekolah memandangnya kehairanan. Seakan si tepok sedang berjalan. Ketika itu malu bukan kepalang, seakan fakir dijalanan. Puas dia menahan agar air mata tidak tumpah. Dia mesti kuat. Amir belajar lagi. Biar hina disisi manusia, jangan hina disisi Tuhan. Amir sedar, Allah sedang mendidik jiwanya. Dia sedar inilah didikan yang menguatkan hati dan nuraninya. Dia sedar, itulah yang menjadikan dia seorang manusia. Dia sedar sepasang kasut itulah yang pernah mengajarnya ... Sepasang kasut itulah.

Tiba-tiba terpacul kata-kata dari bibirnya ” Adik, kasut tu biarlah tak berganti. Masih elok lagi... kau belajarlah mengenal erti hidup ni..macam yang pernah ayah kenal dulu...”

Semua mata memandang kearah lelaki harapan mereka, kehairanan, cuba menangkap maksud kata-kata dan mereka apa yang mereka perasan, air mata tulus ayah mereka bergenang dan terus membasahi pipinya yang mulus ....

Monday, October 20, 2008

Ayat-ayat cinta.. (Cerpen)

Entah apa yang mengusik hati kecil Amir hingga air mata sucinya mengalir membasahi pipinya yang putih itu. Bait- bait dialog yang dituturkan dalam filem Ayat-Ayat Cinta itu benar-benar meruntun hatinya. Menusuk jauh didalam kalbu, meresapi seakan harum kasturi yang melekat di jubah suci para wali. Seingat Amir, begitu payah untuk dia mengalirkan air mata, apa lagi menangis untuk perkara yang begitu remeh. Kali ini dia tidak berupaya mengekang air mata itu dari terus mengalir. Dia tidak berupaya untuk menahan fitrah sucinya dari diselimuti perasaan sebak dan hiba dan perasaan itu akan berkunjung setiap kali dia mendengar bait-bait lagu Ayat-Ayat Cinta yang dinyanyikan oleh Rossa, penyanyi cantik dari Indonesia itu.

Kisah cinta lima penjuru antara Fahri, Aisha, Maria, Nurul dan Nuora begitu indah digarap ceritanya di mata Amir. Kelihatan sempurna dengan keindahan akhlak Islam yang dipamirkan Fahri, mahasiswa Azhar yang jujur dan bersahaja. Lurusnya mengamit jiwa gadis-gadis yang memandang, seperti Zulaikha memandang nabi Yusuf a.s. Jujur yang mengundang cinta, cinta yang mengundang fitnah, fitnah yang mengundang bencana. Tapi ada yang lebih menarik di hati Amir hingga jiwanya begitu tersentuh…bukan kisah cinta antara Fahri dan Aisha atau keluhan cinta Maria pada Fahri. Bukan. Itu cinta biasa. Itu cinta antara manusia yang berbeza. Mungkin jalan ceritanya digarap sedemikian rupa agar sedikit luar biasa, dimata manusia..

Apa yang lebih tertangkap dijiwanya adalah bait-bait kata teman sepenjara Fahri yang kelihatannya seperti pengemis jalanan..(dimata manusia).. ketika Fahri tidak terdaya menanggung tekanan persaan yang maha hebat, temannya berkata.. "Bangun Fahri, Allah sedang berbicara dengan mu supaya kamu tidak sombong!" dan di saat Fahri menerima surat dibuang Azhar, perasaan putus asa terus mneyelebungi dirinya. Teman sepenjaranya mengingatkannya tentang nabi Yusuf a.s yang dipenjara kerana fitnah Zulaikha, katanya” “Kamu mau tahu apa yg dikatakan Yusuf? kata Yusuf, Ya Allah, jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia maka aku lebih memilih tinggal dipenjara tapi dekat denganmu… Allah sedang berbicara padamu tentang sabar dan ikhlas… Sabar dan Ikhlas.. itulah Islam Fahri.. “

Bait-bait kata itu meruntun ke jiwa Amir, memaksa air matanya mengalir deras. Air mata penyesalan yang seakan tegar untuk mengalir dari seorang lelaki egois sepertinya. Amir merasakan Fahri itu adalah bayangan dirinya. Meskipun dia tidak pernah dicintai oleh 5 wanita tetapi dia sering merasakan bahawa dirinya di gilai oleh ramai wanita. Meskipun tidak pernah difitnah dan dipenjara, dia merasakan dialah yang selalu di uji hebat. Meskipun sering tinggalkan solat jemaah dan liat untuk tahajud di dua pertiga malam dia sering merasakan dirinya warak. Sering merasakan yang paling ikhlas sedang hati berbicara bila berbuat kebaikan.. sering merasakan yang paling sabar tapi mengeluh ketika bersendirian...

Amir merasakan Allah sedang Berbicara dengannya sekarang.. tiba-tiba kakinya longlai, lemah tidak bermaya...jatuh mengelunsur dari sofa nan empuk.. dia mencari kekuatan untuk duduk bersujud.. memohon keampuan. Hidayah Allah ada dimana-mana. Bukan sekadar di masjid yang indah, bukar sekadar di dalam gua... tapi didepan TV plasma diatas kerusi yang empuk. Maafkan aku Tuhan.. Aku manusia kerdil, semua yang ada pada ku hanyalah pinjaman dari Mu...Syukur ya Tuhan, kerana sudi berbicara denganku dengan hidayahMu yang kau tunjukan ini...inilah hakikat ayat-ayat cintaMu yang kau tunjukan pada ku... Air mata Amir terus mengalir bagaikan sungai Nil yang mengalir tenang di bumi Mesir, bumi para Anbia...

Monday, September 15, 2008

Terima Kasih Cikgu !

SAJAK "GURU O' GURU"

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar
barat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang
Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang
Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang
Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat. "

USMAN AWANG1979 ..

Setiap kali aku menghayati puisi Allahyarham Usman Awang ini, hati aku jadi sebak.. setiap kali menjelang hari guru (16 Mei), aku pasti akan smskan rangkap pertama puisi pada cikgu-cikgu yang rapat dengan aku..


Duduk dikerusi empuk dan dibilik berhawa dingin ini mengingatkan aku jerih perih seorang guru yang terpaksa berdiri menghidu habuk kapur dan melayan kerenah murid-murid setiap hari..


Selepas tamat belajar di Universiti, bila berkesempatan guru-guru lama, pasti aku hubungi. Ada antara bekas guru yang terus menjadi kawan baik dan akan bermalam di rumah kalau ada mereka berkursus di Kuala Lumpur..


Baru-baru ini, seorang guru kelas semasa di Matrikulasi Mara dulu dan juga guru silat cimande yang dihormati , Cikgu Ross yang bukan saja kami anggap sebagai guru tapi juga sebagai penganti ibubapa kami semasa belajar diKulim telah menghubungi kami semasa beliau diKL. Satu perjumpaan telah diatur dan kami bertemu di Restoren Sri Chengmai, Sungai Buloh. Pertemuan selama 4 jam itu mengubat rindu antara murid dan guru. Guru tetap guru.. peluang yang ada telah Cikgu Ross isikan dengan nasihat dan ilmu yang berguna buat kami.. kami sedar, siapalah kami tanpa tunjuk ajarmu Cikgu...


Terima Kasih Cikgu!

Tuesday, September 2, 2008

Menjejak Rindu Di Puncak Ledang

Buat kesekian kalinya aku melayan gelojak jiwa yang meruntun untuk menawan Sang Puteri yang kelihatan sayup dari bumi Asahan, Melaka dan Tangkak, Johor. Hari ini, 17 Aug 08, bersamaan dengan hari Sabtu, 15 Sya'aban, aku kembali menawan puncak Gunung Ledang yang tempat bersemayamnya lagenda sang puteri gunung Ledang & sang petapa Adi Putra, guru silat pada Hang Tuah lima bersaudara...

Ini kali ke-3 aku mendaki gunung ini, kali pertama, sekitar tahun 1988 melalui trek Asahan, Melaka. Kali kedua, sekitar tahun 2002 melalui trek Air Panas, Sagil, Johor dan kali-3 melalui trek pemancar TM yang boleh dimasuki melalui kampung orang asli di Jalan Air Tawas, Sagil. Cuma expedisi ke-3 ini tidak menggunakan kudrat empat kerat untuk menggalas camping beg aku yang sarat dengan pelbagai khazanah tu. kali ini aku mempertaruhkan kudrat Toyota Unser Abang aku untuk mendaki sampai ke pemancar TM yang terletak kra-kira 500 meter dari puncak tertinggi gunung Ledang.

Kami melalui jalan berliku dan berlopak yang bisa mencabut urat pinggul kesan henjutan tanpa henti sepanjang perjalanan ke empangan Tangkak (lokasinya terletak di tengah-tengah perjalanan kepuncak). Setelah mendaftar di Pos Taman Negara bersebelahan kawasan empangan, kali terus memandu hingga ke pemancar TM. Kawasan pemancar ini, adalah kawasan larangan negara dan anda harus mendapatkan permit dari pihak berwajib jika hendak memandu hingga kesini, kalau tidak anda akan dihalau secara percuma oleh abang-abang tentera yang bertugas disana.

Pendakian sebenar bermula jam 4.30pm dan sampai kira-kira jam 5.00pm. Walaupun 6 orang mendaki dan jarak pendakian tak sampai 1 km, hanya 2 orang sahaja yang sampai termasuklah aku ..hehehehe.

Kepuasan terbayang setelah kaki mencecah ke puncak Ledang. Berbekal sebotol air mineral, aku mengambil wuduk dan menunaikan hajat untuk solat di puncak lagenda ini... ada misteri yang tak mampu aku rungkai dalam pendakian ini..bak kata Siti, biarlah rahsia....

Meredah trek berliku menuju kepuncak gunung Ledang..

..bermula pendakian, tidak jauh dari kawasan pemancar TM

Tuesday, June 3, 2008

Faces of Surabaya


Java Puppet at Sempoerna cigarettes factory.

Mud Volcanoes at Porong , the tears of Surabaya

Sunrise at the peak of Mount Penanjakan, Surabaya

Mount Bromo, view from the peak of Mt. Penanjakan

Coban Rondo, Waterfall of the legend widow

Colour of faces

Fruits with hair.. what is it ?

Wednesday, May 21, 2008

Menjejak Tuan Tulis

Sudah seminggu sahabat baik ku, Dr. J terlantar di HKL, diserang demam denggi. Rasa bersalah menyelubungi diri bila aku tak sempat nak ziarah dia di hospital. Aku sms PA dia, " Salam. Dr. masih berada di hospital atau sudah discharged? Mudah-mudahan Dr. dah sembuh seperti sedia kala". Kemudian aku terima balasan sms dia.. " Dah kuar. bleh lompat pagar". Aku tersenyum sendiri bila terima sms ini, diikuti dengan satu sms susulan.. 'Doc ada pernah ckp nak ajak U g makam Tuan Tulis". "Hmm... molek juga" fikir aku sendiri dan aku terus balas sms dia " Insyaallah, boleh set masa dgn dr., kalau berpeluang boleh pi mkm tuan tulis dgn dr. nanti.."

Setelah beberapa sms susulan, kami telah menetapkan hari Sabtu (lepas) untuk ziarah kemakam Tuan tulis ini. Perjalanan dari KL ke Kuala Pilah mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah, melalui lebuhraya Plus. Selepas Exit Senawang, terus ke Kuala Pilah melalui Bukit Putus hingga tiba ke Pekan Teraci. Makam Tuan Tulis terletak di Kg.Talang Kuala Pilah, kira-kira 3km selepas balai polis Teraci.


Masjid Tuan Tulis yang terletak di Kg. Talang, Kuala Pilah. Didepan masjid terdapat replika keris dan sedikit catatan mengenai Tuan Tulis.
Apa yang menarik tentang Tuan Tulis ini? atau nama sebenar beliau Tn. Guru Ismail Jaaman. Beliau hidup dari tahun 1840- 1923 dan dikenali sebagai seorang alim lagi soleh dan bertaraf Wali Allah (berdasarkan Karamah yang dikurniakan Allah SWT pada beliau). Setelah meninggal dunia, makam beliau sering dikunjungi orang di seluruh pelusuk negara.

Tuan Tulis mendapat gelaran ini guru dan rakan-rakan lantaran kerajinan beliau menyalin isi kitab-kitab yang dimiliki dan yang dipelajarinya selain di dakwa pernah menjadi juru tulis gurunya. Beliau telah merantau hingga ke Temerloh, Pahang dan mengaji agama dibanyak tempat seperti di Pancur, Sanggang, Lubuk Kawah dan lain-lain tempat. Di Lubuk Kawah beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Abdul Rahman yang berasal dari Kelantan. Dari segi perawakannya, Tuan Tulis bertubuh kecil dan gemar memakai kain pelikat, berseluar jerut, baju Melayu dan bertongkat.

Allahyarham Tuan Tulis banyak membuat kerja kebajikan dalam masyarakat. Beliau tidak berat tulang untuk menolong orang susah, memberi nasihat dan menyeru amal maaruf dan nahi mungkar. Kesannya ramailah orang-orang yang dijadikan sahabat kembali taat dalam ibadah walaupun dulunya liat dalam menunaikan tuntutan agama.Dipercayai bahawa Tuan Tulis mewarisi Tarekat Satariah dan kuat beribadah. Diriwayatkan semasa hayatnya, terdapat perkara-perkara pelik berlaku pada Tuan Tulis. Antaranya ialah beliau sempat ke Mekah membantu memadamkan kebakaran besar pada awal tahun 1900 ketika tukang cukurnya masuk ke rumah untuk mengasah pisau cukurnya. Kerbau-kerbau milik beliau juga akur dengan perintahnya tidak memakan padi orang di sawah dan tetapi makan rumput sahaja. Keanehan lain pula ialah beliau pergi mengubat Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhamad di London dengan air jampi sedangkan beliau telah meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

Beliau amat diingati dengan kejayaan beliau menghasilkan sebuah masyhaf Al-Quran tulisan tangan. Beliau juga telah berusaha mendirikan sebuah masjid di Kg Kuala Talang pada tahun 1920 dan masih digunakan sehingga ke hari ini.Tuan Tulis meninggal dunia dalam tahun 1923 selepas subuh hari ke sepuluh bulan Ramadhan ketika berusia 83 tahun. Beliau dikebumikan di Kawasan Masjid Kuala Talang, Tanjung Ipoh. Tuanku Muhamad Yang Dipertuan Besar telah perkenan membina makamnya di sana sejurus bila baginda balik dari England selepas diubati oleh Tuan Tulis. Mengikut kepercayaan masyarakat tempatan, jenazahnya dikatakan ghaib secara tiba-tiba semasa dituruni ke liang lahad. Wallahualam. (sumber fakta: lebaikampung.blogspot.com)

Itu sedikit sebanyak tentang Tuan Tulis, di sana kami sempat bertemu cucu saudara Tuan Tulis , nenek Jenab dan pemegang kunci makan Tuan Tulis yang merupakan salah seorang waris Allahyarham, Pak Cik Jidon.

Selepas zohor, kami berangkat pulang dan singgah di Istana Seri Menanti dan seterusnya melawat ladang ternakan Naga.. opps, ladang tananam buah naga, di Kuala Pilah. Petani disini bijak menggunakan faktor cuaca ( Kuala Pilah merupakan kawasan yang paling kering di Malaysia @ menerima taburan hujan yang paling sedikit). Aku rasa Sinaganaga patut melawat ladang ini untuk melihat betapa cantiknya ladang ini dan betapa merahnya buah naga ini diluar dan didalam....


Panorama di ladang buah naga ( Dragon Fruit) di Kuala Pilah. Buah naga yang merah diluar dan merah di dalam.

Tuesday, May 20, 2008

Urut, Diurut dan Mengurut .....

Dalam satu mesyuarat NGO beberapa minggu lagu, lepas sessi formal berakhir, terlontar satu cadangan dari Suradi, salah seorang ahli mesyuarat. " Bro, jom pi kursus mengurut" ajak beliau. "Kursus mengurut? bila tu? menarik ke?" tanya aku cuba mencungkil maklumat tambahan. Setelah diselidiki rupa-rupanya kursus ni dibawah kelolaan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi. Kalau nak diikutkan, kursus ni tak relevan langsung dengan karier aku sekarang, hehehehe. Apa pun, aku berpegang dengan kata orang-orang tua, "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya". Selalunya aku yang diurut oleh Wak Slamet, masseur peribadi yang mengurut aku setiap bulan, tapi lepas ni mungkin aku yang urut Wak Slamet pulak... hahahaha.

Sebenarnyer, kursus tu adalah kursus Urutan Traditional Melayu. Tenaga pengajar itu ialah En Roslan dan Tuan Syed Mahdi iaitu pakar Urutan Traditional Melayu. Kalau tengok CV pengajar ni, perghh! memang mengkagumkan. Pengalaman mereka dalam bidang mengurut ni dah berpuluh-puluh tahun, dah merata cerok tempat dah mereka pergi demi mencari ilmu mengurut ni. Dari selatan, utara dan melepasi sempadan tanah air mereka menimba ilmu mengurut ini. Mereka juga merupakan duta negara dalam mempromosi Malaysia atau urutan tradisional Melayu keseluruh dunia termasuk ke Jepun, Jerman, Arab Saudi dan negara-negara yang lain.

Kami belajar teknik mengurut asas. Ada latihan amali dan ujian teori. Memang menarik ! pengalaman yang mereka kongsikan cukup bermanfaat. Aku turunkan beberapa petua untuk dikongsi bersama.
1. Petua awet muda & kesihatan
Amalkan minum air putih/mineral sebaik saja bangun dari tidur.
- Sila Baca, teguk air pertama: i) Bismillahhirrahmaanirrahim
teguk air kedua : ii) Lailahaillallah
teguk air ketiga : iii) Alhamdulillah
..dan terus habiskan baki air yang selebihnya. InsyaAllah.
2. Amalkan mencuit/merasa sedikit garam sebelum makan. Ini baik untuk kesihatan perut.

3. Amalkan memakan/minum sedikit madu asli setiap hari.
4. Jangan kencing berdiri, biasanya air kencing tidak akan tos habis dan ianya juga boleh melemahkan anu anda.

Seterusnya amalkan senaman tua setiap pagi sejurus saja bangun dari tidur. Ini sebahagian dari senanaman tua, bahagian terlentang. Baik untuk pinggang, kaki dan regangan saraf-saraf utama sekaligus membolehkan anda "mengangkat" dua biji kelapa...TuuuUuuutttttt...

Senam 1

-Tarik nafas, tegakkan lutut dan angkat pinggang keatas

-Tahan nafas untuk seketika, lepas nafas dan turunkan pinggang kebawah secara perlahan-lahan

- Ulang beberapa kali

Senam 2

-tarik nafas, angkat lutut silangkan kaki dan tarik kearah badan sehingga kedudukan punggung ternaik sedikit.

-tahan nafas seketika, turunkan kaki perlahan-lahan sambil melepaskan nafas

-ulang beberapa kali


Senam 3

-Tarik nafas, angkat kaki dalam betuk L, jatuhkan kaki kesebelah kiri perlahan-lahan (tanpa mengerakkan kepala) dan lepaskan nafas

-Ulang sekali lagi disebelah kanan.

-Ulang beberapa kali

Senam 4.

-Tarik nafas, angkat kaki lurus dan gerakkan pergelangan kaki.

-Lepaskan nafas, ulang beberapa kali.

Sekian, sedikit ilmu untuk dikongsi bersama....Adioooss

Tuesday, April 15, 2008

Pontianak Pulau Gadong !

13/04/08 (Ahad), 7.00 pm.. aku terima panggilan dari abang aku di kampung Melaka. " Mak nak datang rumah Kak Ina malam ni boleh ke?" tanya abang aku. Kebetulan hari tu aku baru lepas bawa kakak Ina aku sekeluarga bercuti di Fraser Hill dan mereka transit di rumah aku sekejap sebelum bertolak balik ke Seremban. Aku kira, kalau bertolak dari KL pukul 10 malam mungkin akan sampai ke Seremban pukul 11 lebih. Aku suruh abang aku pujuk mak untuk datang hari lain saja sebab takut kakak sampai lambat dirumahnya. Abang kata mak bertegas nak ke Seremban jugak. Aku naik hairan. Selalu mak tak macam ni.

Kakak bertolak pulang ke Seremban setelah selesai makan malam. Mereka harus sampai awal untuk mengelakkan emak menunggu lama di Seremban. Tapi malam itu aku masih tertanya-tanya gerangan apa mak bersungguh untuk ke rumah kakak?

14/04/08 (Isnin), 10.00am.. Abang aku datang ke ofis untuk bertukar kereta dengan aku. Sebelum beredar, dia sempat menunjukkan sesuatu yang menyebabkan mak aku beria-ria nak ke Seremban. Di selaknya Harian Metro muka surat 9, bertajuk " Ramai tunggu pontianak". Ceritanya, ada yang mendakwa nampak pontianak menangis di waktu malam dan kejadian itu berjaya dirakam dalam klip video sepanjang 50 saat dan memaparkan seorang wanita berambut panjang serta berkain putih terapung di udara sambil menangis. Kejadian tu berlaku Jambatan Pulau Gadong yang terletak lebih kurang 800 meter dari rumah mak aku di kampung. Laaa... patutlah mak aku beria-ria sangat nak ke Seremban. Dia takut tinggal seorang di kampung rupanya.

Petang tu, aku call mak cik aku di kampung. Dia ni seorang ustazah dan perawat sambilan. Dia cerita, bukan sekadar cerita pontianak tu, tapi ada cerita hantu pucong di kawasan kejadian yang sama. Dia dah tengok video klip tu. Bergolek-golek atas bas hantu tu. Ada konstabel polis yang tembak ke arah pocong tersebut dan pocong tersebut terus hilang. Dia kata walaupun dia seorang ustazah aka "Nenek Bomoh", tapi seram tetap seram. Kalau jumpa mesti lari. Aku ketawa mengilai-gilai dengar cerita dia. Aku tak tahu setakat mana kebenaran cerita ni tapi aku yakin kewujudannya sebab aku sendiri pernah terlihat "benda macam ni" secara zahir beberapa kali. Wallahualam.

Untuk maklumat lanjut, aku sertakan sisipan berita dari harian Metro dan video klip tentang Pontianak Pulau Gadong , Melaka, untuk tatapan kalian.




Klip Video Pontianak Pulau Gadong

Friday, April 4, 2008

Blog Oh Blog!

Dah lama tak memblog. Sibuk urusan dunia. Alahai.

Kebelakangan ni pergerakan aku terbatas sebab harus lebih fokus. Banyak berhibernisasi. Kurang melompat. Macam monyet.

Ada ahli politik tersohor ( ye ke?) kata bloggers ni Monyet. Ada yang kata bloggers ni ‘syok sendiri”. Hakikatnya, yang mengata tu lebih monyet dari beruk. Terkinja-kinja, terlompat-lompat, tergaru-garu, macam monyet kena belacan. Merayu undi, merayu simpati. Kesian. Apa pun orang kata, bloggers tetap ada sumbangannya pada negara.

PRU 12 dah berakhir dan kesan sumbangan bloggers telah pun menampakkan hasilnya. Sekarang bloggers dah popular. Ada rakan-rakan bloggers dah sibuk tempah baju batik. Baju batik yang lama tersimpan gerobok dah di seterika dan digantung rapi. Manalah tahu dapat surat jemputan dari Pak Menteri. Pak Menteri dah mula nak berkawan dengan bloggers. Orang Jawa bilang ini “Reverse Psychology ". "If We Can’t Fight Them, We Join Them". Pepatah ni selalu disebut oleh sahabat-sahabat berbangsa Cina aku. Itu bab politik.

Aku rasa wadah bloggers ni besar. Setiap orang ada peranan. Tulisan berbau politik ke, berbau emosi ke, berbau sindiran ke, berbau belacan ke, kalau betul caranya, mesej akan sampai. Macam makan rojak. Ada rasa pedas, rasa manis, rasa macam-macam. Macam-macam campur. Tapi orang tetap suka makan. Sebab apa? Sebab rasa dia yang macam-macam itulah. Macam tulisan bloggers juga. Sama ada tulisan sarat dengan kajian ilmiah, analisa politik atau sarat dengan cerita peribadi, masing-masing punya punya peminat sendiri.

Aku cuma penulis picisan. Baca blog sendiri pun dah rasa satu kenikmatan. Orang kata ni sindrom “syok sendiri”. Alahai. Aku tengok ada Pak menteri pun dah sibuk buat blog sendiri.. Alahai. Itulahkan, pesan orang tua-tua, jangan meludah kelangit. Nanti kena batang hidung sendiri.

Tik…tak..tik.. tak...jarum jam berbunyi.. entri baru blog aku ni tak siap-siap lagi. Alahai.

Thursday, March 27, 2008

Mabuk bukan mabuk...

Mabuk bukan mabuk ..mabuk nama.. mabuk cinta… mabuk kuasa..

Ini lirik lagu Spider.

Anak aku cukup suka lagu ni..diulangnya chorus lagu ni berkali-kali..sampai aku pun hafal ( chorusnya je..). Entahlah.. aku pun dah naik mabuk sekarang. Mabuk dengan aksi-aksi politik yang memualkan. Mabuk dengan karenah segelintir manusia yang mabuk kuasa. Aku pun dah lama tak mabuk, tapi mabuk yang aku suka ni jenis mabuk yang halal. Aku rela mabuk jenis ni. Tapi nak dapat mabuk jenis ni kena keluar modal sikit. Tengok keadaan la..kadang-kadang kau dapat mabuk ni, kadang-kadang kau tak dapat..minggu lepas, aku dah tak tahan. Aku tak kira. Aku dah rindu kat mabuk jenis ni. Kawan-kawan aku kalau mabuk jenis ni, muntah sampai keluar isi perut. Sampai tertidur berjam-jam. Itulah penangan MABUK LAUT. Sabtu lepas, aku ke One Phanthom Bank, rumah api yang terletak kira-kira 20 batu nautika dari pantai Klang. Ini port Baekkk bagi pemancing-pemancing tegar seperti aku. Kawasan ini dah dekat dengan perairan antarabangsa dan kau boleh nampak kapal-kapal dagang bersusun macam jem di Jalan Tun Razak tu..

Dipendekan cerita bot kami berjaya mendaratkan ikan-ikan talang sebesar budak 3-4 tahun. Aku dengan bangganya berjaya mendaratkan berpuluh ekor ikan todak ..( syyyy..saiznya sebesar 3- 4 jari jer). 2 orang rakan bot aku jatuh mabuk. Aku dengan machonya berjaya mengawal mabukku, Cuma aku tak berjaya mengawal mabuk untuk mendaratkan ikan-ikan besar.

Selain dari ikan, aku dapat hasil-hasil lain seperti kawan-kawan baru, lepas gian, puas hati, gelak tawa, berkongsi ketenangan alam dan rasa rilek seketika, jauh dari dunia hipokrit dan politik manusia..

Inilah barisan kita..yang ikhlas memancingg.....


Dia atas pelantar OFB, sedang meningkatkan ilmu menunggu ikan tahap cipan menguap..

Berkat kesabaran....inilah hasilnya....

Lautan mengalun ombak nan sarat

Menguntum damai disudut perasaan

Sang Ikan di tangan digenggam erat

Tersenyum simpul tanda kepuasan

Saturday, March 1, 2008

Epilog Seorang Aku.. CJ7

Malam tadi aku bawa anak-anak tengok wayang, cerita CJ7, lakonan Stephen Chow. Aku rasa malam tu cerita ni saja yang sesuai untuk tontonan anak-anak aku.. lagipun dah lama aku tak bawa dia orang pergi menonton wayang. Biar anak-anak aku rasa gembira atau sekurang-kurangnya menghilangkan bosan setelah 5 hari bersekolah..

Sepatutnya cerita ni cerita kelakar, tapi selitan kisah sedih 2 beranak ini benar-benar menyentuh hati aku. Aku jarang menangis, tapi dalam gelak-tawa cerita ni..aku mengalirkan airmata. Kemiskinan 2 beranak yang dipaparkan dalam filem ni, benar-benar menyentuh hati. Mesej kasih sayang seorang bapa yang berusaha memberikan yang terbaik untuk anaknya begitu menonjol dan mendakap.

Waktu-waktu begini, aku teringat aruah ayah. Terbayang wajahnya yang tenang dan tawaduk. Garis-garis tua yang terlakar diwajahnya mengambarkan kepayahan ayah membesarkan kami enam beradik. Ayah jarang mengeluh dan sentiasa memberikan anak-anaknya yang terbaik. Walaupun dulu ayah cuma seorang buruh di pejabat kerajaan, kami enam beradik tidak pernah lapar. Walaupun hanya sepasang baju sekolah untuk seminggu, kami pakai sehingga kusam dan kami tidah pernah merungut..

Hari ni, kalau tengok rutin hidup aku, keluar pagi, balik malam. Berkejar masa pagi dan petang. kadang-kadang pulang, anak-anak dah tertidur. Sayu hati tengok, tapi apa nak buat, itulah lumrah kehidupan. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan, untuk mengharung hidup penuh dugaan, kehidupan seimbang dunia dan akhirat..

Itulah..kadang-kadang aku bertanya pada diri sendiri. Apa yang aku cari selama ini? Cukupkah keberkatan hidup aku ni... ? Sebagai hambaNya yang lemah, aku akan terus berdoa dan berusaha kerana kebahagiaan bukanlah satu noktah, tapi satu perjalanan yang berterusan..

Thursday, February 21, 2008

Sebersih Kaki Ini

Sudah 5 jam Tok Sidang duduk di kerusinya. Punggungnya sudah terasa keras-kematu. Perjalanan ke US menaiki pesawat MAS berbaki 18 jam lagi sebelum berhenti transit di Airport Taipei. Mata Tok Sidang terpaku di jamnya yang dah menunjukkan masuknya waktu zohor. Tok Sidang bergegas ke tandas flight, bukan untuk melepas hajat, tapi untuk berwuduk. Solat perlu disegerakan. Takut-takut tak sempat. Maklumlah pesawat MAS pernah hampir-hampir kehabisan minyak ketika di Heathrow airport dulu. Takut pisang berbuah 2 kali. Tok Sidang fikir, kalau terhempas, dia redha, sebab dah menunaikan yang wajib. Kalau mati, mati dalam iman..

Tok Sidang ambil wuduk berhati-hati. Bimbang air menitis dilantai tandas flight. Sebagai jurutera terlatih, Tok Sidang tahu bawah lantai tandas flight penuh dengan litar-litar elektronik. Sudahi wuduk, Tok Sidang melangkah keluar tapi ditahan oleh seorang pramugari cantik, berlipstik merah dan berkebaya ketat berbunga-bunga. Lantas dialog ini terakam..

PC:Encik dah basahkan tandas flight ini. Encik tak tau kah, ini berbahaya dan mengotorkan tandas? ( dengan nada yang agak keras)

TS: Cik, saya rasa tak lah basah sangat tandas ni. Saya ambil dengan berhati-hati tadi.

PC: Kotorlah encik, mana boleh encik basuh kaki encik di singki tu.

TS: Hmm.. maafkan saya cik. Tapi boleh saya tanya sikit?

PC: Apa dia?

TS: Berapa kali cik basuh muka cik ni sehari?

PC: 3 kali. Kenapa awak tanya?

TS: Hmm..kaki saya saya basuh sekurang-kurangnya 5 kali sehari, jadi maknanya kaki saya lebih bersih dari muka cik ni.

..Tok Sidang terus meninggalkan Pramugari cantik tu yang wajahnya perlahan-lahan sudah bertukar menjadi biru dan kelihatan tidak cantik lagi....

Note: PC=Pramugari Cantik; TS=Tok Sidang

Monday, February 18, 2008

Bomoh PilihanRaya

Aku yakin dan pasti, bulan ini & bulan depan, pendapatan perkapita bomoh-bomoh dan pawang-pawang (yang terpilih saja) di Malaysia dan dinegara-negara jiran (eg: Indonesia & Thailand) akan melonjak naik. Ketika ini, ada para YB (muka-muka baru dan lama) Akan bertandang ke rumah atau klinik tok moh- tok moh ini. Ini bukan fenomena baru. Ini fenomena dulu, kini dan aku tak tahu sampai bila? (aku berdoa moga-moga YB-YB ini kembali ke pangkal jalan).

Kesian aku tengok, ada pemimpin yang tak mampu pimpin diri sendiri. Mengharap bantuan bomoh yang pastinya didalangi jin-jin penipu. Percaya dengan bedak sakti, songkok sakti, minyak sakti yang pastinya bayarannya berkati-kati. Kesian. Menjunjung tinggi benda khurafat dan tahyul. Apa nak kata, itulah sebahagian dari wajah politik kita. Tok Moh tersenyum riang. Lepas pilihanraya boleh pakai Mercedes lampu belalang.

Masih ke kau ingat? Tragedi kerat 18 seorang YB. Angkara mahu kebal dan berkuasa? Kesian-kesian. Jangan terkejut kalau keluar berita sensasi. Bisa gempar seantero negeri. Angkara YB dan Tok Moh peribadi.

Aku lebih kesian, pada pengundi yang terus mengundi, pemimpin begini. Atas nama parti, semua boleh jadi… Aduhai. Kesian-kesian. Menang sorak kampung tergadai.



Ps:// Tak tumbuh tak melata, tak sungguh surat khabar tak kata..

Friday, February 15, 2008

Zuhudkah Aku?









Sunday, February 10, 2008

Skandal Ketuk-Ketampi

Oct 1985 (hari bulan?entah..aku dah lupa)

Skandal Ketuk-Ketampi yang dirakam dalam klip video selama 71-saat itu telah mengemparkan seluruh negara! Suruhan Raya Diraja terpaksa ditubuhkan untuk menyiasat kes wanita bogel yang dipaksa ketuk-ketampi tersebut. Walaupun kes itu dah berlalu setahun lalu tetapi ia masih segar dalam ingatan aku. Aku juga mangsa skandal ketuk ketampi ini. Sungguh. Tapi malangnya kejadian tu tak dapat dirakam oleh kamera bervideo. Masa tu, tak ada lagi handphone canggih ni ( handphone pun tak wujud lagi.. atur ada laa). Kalau tak, aku yakin mungkin satu suruhanjaya akan ditubuhkan untuk menyiasat kes aku!

Hari tu, hari terakhir sekolah. Biasanya hari ni, hari istimewa. Upacara membaling air akan berlangsung. Semua akan pulang dengan basah kuyup. Dibaling dengan sebungkus air. Tapi aku terselamat dari basah kuyup. Lagipun malu beb! Perjalanan dari sekolah aku kepekan terdekat lebih kurang 2 kilometer. Biasanya kami berjalan kaki untuk menaiki bas kerumah.

Kebetulan. Hari tu. Kawan aku, beli basikal baru. Brand Raleigh, warna hitam. Kira canggihlah masa tu. Offer aku bonceng basikal dia. Bagai orang mengantuk disorong bantal, aku terima offer dia dengan senyum simpul.

Kebetulan. Hari tu. Ada road block didepan balai polis pekan Masjid Tanah. Aku konfiden je. Maklumlah, bonceng basikal baru. Semua cukup. Tapi aku lupa. Membonceng berdua dengan basikal satu kesalahan. Sungguh. Aku tak tahu, itu satu kesalahan. Mungkin aku tertinggal bab tu masa belajar teks tata rakyat dulu.

Kami ditahan, oleh Koperal polis bermisai tebal tu. “Masuk dalam! Masuk dalam!” arah dia sambil menunjukkan pintu balai polis tu. Aku dah mengigil. Terketar-ketar bagai nak terkencing dalam seluar. Kami disambut oleh dua orang abang polis dengan muka senyum-simpul. Dia tanya. "Apa salah engkau orang ni?” Aku jawab.. " Bawa basikal berdua tok”. Aku tengok brader polis tu menggangguk. “Ok, sekarang engkau pilih, engkau nak pikul basikal tu sampai rumah ke, atau engkau nak ketuk ketampi?” tanya dia. Aku pandang kawan aku. Kawan aku pandang aku. “ Ketuk- ketampi tok” kami menjawab serentak. “ Ok, mula! Satu, dua, tiga…..” arah brader tu. Dengan perasaan malu tak terhingga, kami pun berketuk-ketampilah di dalam balai-polis tu. Sebiji macam P.Ramlee dan Md. Zin dan filem Labu-Labi. Nasib baik tak diarah berbogel.

Selepas selesai “tugasan” kami pun bersalam dengan brader polis tu. Tanda terima kasih. Atas pelajaran tata-rakyat yang ternilai tu. Kawan aku tolak basikal tu keluar dari balai polis perlahan-lahan dan selepas 100 meter dari balai polis. Aku kembali membonceng basikal tu. Kami ketawa terbahak-bahak, separuh mati! Aduhai….

Ps: Kalau aku jumpa brader polis tu, aku nak salam sekali lagi. Tanda terima kasih kerana aku dah jadi seorang rakyat yang bertata-rakyat hari ni...

Tuesday, February 5, 2008

Tragedi Mercun Raya !

Setiap kali menjelang Chinese New Year, ingatanku pasti mengimbau kenangan silam. Kenangan zaman budak-budak. Waktu tu kami tinggal di pekan Masjid Tanah, Melaka. Aruah Abah menyewa rumah di kawasan yang di kelilingi dengan sekolah-sekolah. Kami berbilang bangsa tinggal dikawasan tu. Berjiran dengan keluarga-keluarga berbangsa Cina. Harmoni sungguh. Tiada langsung sentimen ala 13 May ataupun sentimen ala Hindraf.

Hari tu. Pagi yang damai. Menjelang Raya. Emak ke rumah jiran. Aku, abang-abang aku dan anak-anak jiran sibuk main mercun belakang rumah. Tiba-tiba. Abang aku yang tua dapat idea brutal! Kau ingat tak mercun katak? Ya, mercun katak. Yang berwarna hijau. Berlipat-lipat. Yang kalau meletup, berbunyi.. Pooong! PannnG! Poonng! PannnGG!

Waktu tu, kedengaran Nyonya sebelah rumah sedang membasuh baju dibilik airnya. Betul-betul dekat dengan tempat kami bermain mercun. Abang aku kata nak kenakan nyonya tu! Saja, suka-suka! Kami suspen dengan rancangan dia. Tapi terpaksa ikut sebab dia ketua. Dia bakar sumbu mercun katak dan campakkan dalam bilik air nyonya tu dan terdengar bunyi, Pooong! PannnG! Poong! PannnGG! Disusuli dengan bunyi Haiyaa! HaiyAA! HAIYAAA!!! Dan kami lihat apek, suami nyonya tersebut berlari keluar sambil memegang sebatang kayu. Sambil menjerit. Woooii !!! Cilakak punya budak-budak!! Nang bo ti nang!! Kui bo ti kuiii!!. Kami berlari macam tak cukup tanah. Cuba selamatkan diri. Aku menuju ke rumah. Sembunyi bawah katil. Yang lain entah lari ke mana. Tengahari baru aku keluar dari bawah katil. Nasib baik nyonya tu masih hidup! Kalau dia sakit jantung dan meninggal dunia hari tu, pasti aku dan kawan-kawan dah merengkok dalam Sekolah Tahanan Juvana Henry Gurney, atas kesalahan membunuh tanpa niat!

Itulah, setiap kali terlihat mercun, aku tersenyum sendiri…eh eh eh eh…….

Monday, February 4, 2008

The Colours Of Cameron Highlands..


Let the photos tell the stories...

Sunday, February 3, 2008

Pendekar Golf

Suatu pagi yang indah. Di Kinrara Golf Club, Puchong. Hari itu. Kasta aku telah berubah! Dari seorang pemerhati golf, jadi seorang pemain golf. Walaupun hanya di driving range! Pagi tu, berbekal seratus biji bola golf dan beberapa batang kayu golf. Berjenama Dunlop. Aku ambik iron no 5. Iron terbaik untuk test power. Itu kata orang. Aku ikut saja. Maklumlah, amatur.

Bola pertama. Untuk pukulan pertama. Aku betulkan kuda-kuda. Tonggekan punggung. Sambil mengacah-acah bola dengan pukulan angin. Ku tarik nafas. Baca mentera Semerah Padi. Buat kuat urat-sendi. Seluruh urat dan otot ku kerah. Terus melibas kayu golf sekuat hati. ZuUpppppp..!!! TinGgggg!!! Panggg!!. Aku rasa lain macam. Kenapa bunyinya lain? Ku tengok bawah. Bola golf masih ada. Tapi kayu golfnya tinggal setengah. Patah dua! Kukutip kayu golf yang patah. Sambil berkata pada teman disebelahku..” Sorryla Yeop..aku keturunan pendekar. Tak boleh main golf. Mesti patah besi dia..” sambil kawanku tergelak ibarat anak kucing kena geletek…..

Ps: Itulah kali pertama dan mungkin yang terakhir aku main golf ….. Aduhaiii

Wednesday, January 30, 2008

Tees Vs Tea

Pagi tu aku terima panggilan dari pejabat GM. Penting katanya. Ada misi penting. Macam biasa, jantung aku berdenyut tidak seperti biasa. Rupa-rupanya bos minta aku aturkan satu pertandingan golf. Untuk wakil-wakil dari negara Asean yang datang bermesyuarat di Kuala Lumpur, ketika itu. Aku termenung sekejap. Alamak. Aku bukan pandai sangat pasal golf ni. Maklumlah, budak kampung. Sekolah kampung. Kalau ajak main konda-kondi, hantu-galah, bola besit, bolehlah. Gerenti aku menang. Apa pun, tugas tetap tugas. Demi meneruskan prinsip cemerlang, gemilang dan terbilang, aku terima tugas dengan hati terbuka. Dengan bantuan pengurus kelab golf di Kuala Lumpur Golf & Country Club, persediaan pertandingan golf berjalan dengan lancar sehinggalah hari terakhir pertandingan bermula.

Lepas tu bos panggil lagi. “You tolong sediakan "tees" untuk players.” Arah bos. Waktu tu, mati-mati aku ingat bos suruh aku sediakan hidangan teh untuk pemain-pemain golf. Bagi aku, kalau setakat sediakan hidangan teh bukanlah satu masalah besar. Dengan bangganya aku minta pengurus kelab golf tu sediakan hidangan teh untuk para pemain selepas permainan. Muka pengurus tu nampak pelik bila aku cakap macam tu. Dia kata Ok je. Agaknya, mungkin dia fikir pegawai-pegawai luar negara ni nak merasa kenikmatan teh tarik Malaysia. Sebelum perlawanan, secretary bos panggil. “ Berapa paket engkau beli "tees" tu ?” tanya secretary bos aku. “ Berapa paket? Bukan nak kena hidang ke teh tu?” Jawab aku kehairanan. “ Apa yang kau nak hidang tu LAbuuuuuu ?! Bos suruh beli "tees", kau order Teh pulakkk! Jerit si secretary yang putih melepak tu. “ Ooo yer ke? "tees" tu bukan teh ke? Jawab aku terpinga-pinga. Aliieeemakatokkk..


ps: A tee is a stand used to support a stationary ball so that the player can strike it, particularly in golf..

Thursday, January 24, 2008

Goyang Gerudi Inul (18Sx)

Suatu petang. April, 2004. Di Datai Resort, Langkawi. Waktu santai. Selepas selesai satu mesyuarat antarabangsa. Aku dan teman-teman dari Indonesia bercerita. Tentang keajaiban. Aku tahu. Negara jiran ini kaya dengan cerita misteri. Tapi cerita yang satu ini. Benar-benar merujakan. Kisah seorang penyanyi. Yang bisa menukarkan pedang menjadi keris. Yang lurus menjadi bengkok, hanya dengan goyang gerudinya. Untuk seketika. Aku terfana. Cuba menangkap maksud cerita. Setelah beberapa saat.. “OoooooOooo..” baru aku faham. Patutlah suami si Inul senyum selalu….

Ps: Cerita ini bukan untuk difahami dan ianya sukar untuk difahami (bagi mereka yang belum baligh laa..)

Wednesday, January 23, 2008

Tiba-tiba Macho Ku Hilang!

Bukit Ampang Jaya. Jalan Kolam Ayer Lama. 23 January 2008

Hari ini. Cuti umum. Thaipusam. Jalan Batu Caves sesak teruk. Pesta perarakan kavadi dan pesta pecah buah kelapa. Sepanjang jalan. Menuju ke Karak dan ke Kepong. Aku memecah kepala. Fikir mana nak pergi. Tiba-tiba Aqilah muncul. “Ayah jom tengok monyet”. Aaaa. Monyet. “Jom.” Kata aku. Ini percubaan ketiga. Kali pertama aku sampai bukit Ampang. Banyak monyet. Tapi Aqilah dan Ksham tertidur. Monyet yang tengok dia orang. Kali kedua. Hujan. Monyet sejuk barangkali. atau. Mungkin cari privasi. Maklumlah sejuk.

Aku singgah di kedai runcit brader Acheh. Cari sesikat pisang. Hadiah untuk sang-sang monyet. Sampai saja di Bukit Ampang, aku tengok orang dah penuh. Nasib baik ada parking. Aqilah dah senyum simpul. Tengok monyet dari jauh. Tugas membawa pisang aku serahkan pada Ksham. Maklumlah anak lelaki sulung. Harus dilatih memikul tugas. Walaupun tak perlu dipikul pisang tu. Dengan langkah macho ala Antonio Banderas, aku memimpin kedua-dua anakku. Menuju ke satu kumpulan monyet. Tiba-tiba langkahku terhenti! Paras hormone Adrenalinku terus melonjak melebihi paras biasa indek Dow Jones. Gaya macho ala Antonio Banderas tadi segera hilang. Yang tinggal cuma gaya Mat Sentul yang kekagetan. Bapak Beruk sebesar Ksham tiba-tiba muncul. Tapi lebih gemuk dan berbulu panjang. Entah dari mana ? betul-betul sebelah kami. Tajam merenung seikat pisang. Yang dipegang Ksham.

Dengan langkah pendekar jawa. Aku pasang kuda-kuda. Langkah silat Cimande Siamang Kera Sakti. Pisang di tangan Ksham ku ragut! Terus ku campak. Tepat ke arah bapak beruk tu. Dengan pantas juga bapak beruk tu menyambut, dengan muka kehairanan. Aku rasa mungkin dia cuma nak minta sebiji pisang. Tapi dapat semua. Bagus juga. Manusia lebih murah hati bila dalam ketakutan. Mungkin itu hipotesis si bapak beruk bila dapat sesikat pisang tadi.

Aku tanya dengan otai-otai kat situ. Rupa-rupanya bapak beruk tadi tribe leader kat situ. Mewakili parti beruk bontot tombong merah. Macam presiden parti juga. Kumpulan beruk ini dikatakan paling berhemah tinggi. Beradab. Tak pandai tendang atau maki orang dalam parlimen. Tak macam kumpulan kera. Memekik terlolong dan kadang-kadang plat kereta orang dicabutnya! Tapi sekurang-kurangnya tak macam monyet yang mengamuk di satu mesyuarat ADUN negeri. Tak cukup dimaki. Kaki pula diangkat tinggi. Disepaknya orang bertubi-tubi. Lebih monyet dari monyet. Cuma yang berbeza. Monyet ini berkot dan bertali leher. Aduhai.

Dendam Ibu Monyet!

Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka. 1986

Hari tu. Aku melawat Abah ( Al-Fatihah buat Allahyarham Abah yang meninggal dunia pada 16 Jan 1987). Yang terlantar menderita sakit buah pinggang. Di Hospital Kem Terendak. Hospital tentera. Tempat aku dilahirkan. Mak kata hospital ini punya sejarah sendiri. Di mana semasa bayi, aku hampir diambil orang. Bukan dicuri. Tetapi tertukar bayi! Nasib baik mak perasan. Kalau tak, entah apa yang akan jadi.

Sejak dulu. Kalau ada peluang melawat orang sakit di hospital ini, pasti aku akan pergi. Biasanya kalau melawat pesakit, orang bawa buah-buahan. Tapi aku bawa roti! Ada yang menarik di hospital ini. Hutan di tepi laut bersebelahan dengan hospital ini telah menyediakan habitat yang sesuai untuk sang monyet. Ya monyet. Dan roti yang aku bawa adalah untuk sang-sang monyet.

Monyet-monyet ini juga punya sejarah sendiri. Hari tu. Di hospital Kem Terendak. Kawan baik aruah abah aku bercerita. Kisah benar. Dari perawi yang sahih. Berlaku sekitar tahun 80-an. Satu hari. Seorang lelaki. Terjumpa anak monyet yang masih bayi terjatuh dari atas pokok berhampiran hospital Kem Terendak tu. Lalu dibawa pulang dengan niat untuk membelanya. Nak dijadikan cerita, ibu monyet tersebut mula mengamuk dan mengila! Cari anaknya yang entah kemana. Ibu monyet nekad! ceroboh masuk ke wad bersalin dan bawa lari seorang bayi. Ya, seorang bayi (yang pastinya bukan aku la..). Mungkin ibu monyet berdendam. Cari pengganti untuk anaknya yang hilang. Di curi. Angkara manusia. Sebagai ganti, anak manusia di bawa lari. Baru adil. Mungkin. Aku cuba meneka naluri si monyet.

Didukung erat si bayi. Dibawa lari ke atas pokok. Orang ramai mulai panik. Berbagai helah dicari untuk mendapatkan bayi. Yang erat dalam pelukan ibu monyet. Semua gagal. Ada yang bawa senapang patah. Untuk menembak si ibu monyet. Tapi dilarang. Dikhuatiri tertembak si bayi. Akhirnya, seorang tua dikampung tu menawarkan diri. Untuk mendapatkan bayi tersebut.

Beberapa orang lelaki di arah berkumpul di bawah pokok. Sambil mendepakan tangan. Orang tua tu campakkan sekuntum bunga yang dipetik dari taman hospital. Tepat ke arah monyet itu. Tak disangka, bunga disambut oleh sang monyet ! dan bayi itu pun terlepas dari pelukan ibu monyet. Bayi pun jatuh kebawah. Dan. Disambut oleh salah seorang dari pemuda-pemuda itu. Monyet itu seperti terfana. Sambil membelek-belek bunga disambutnya tadi. Persis seperti orang kehairanan. Orang ramai juga terfana melihat keasyikan monyet tersebut membelek bunga. Tapi yang pasti. Ibu monyet akan terus bersedih selepas habis bunga dibeleknya dan dicabut ranggi-rangginya..

Moral cerita:

1. Hutang budi dibalas budi. Hutang darah dibalas darah.
2. Manusia kidnap anak monyet= Monyet kidnap anak manusia (Hukum Karma)
3. Kini baru aku tahu. Dari mana datangnya peribahasa “ Seperti kera mendapat bunga”

Tuesday, January 22, 2008

Hikayat si Tikus Mondok menjadi si Ular Sawa !

Arakian maka tersebutlah al-kisah di sebuah ladang labu di benua Marrasia. Yang subur menghijau. Hiduplah puak-puak tikus dengan harmoni. Puak terbesar, tikus tanah, yang berkulit sawo-matang. Tikus atap yang berkulit putih-kuning dan tikus mondok, puak minoriti berkulit hitam si tampuk manggis. Adapun puak tikus mondok ini terkenal kepetahan bercakapnya. Maka ramailah dikalangan puaknya yang menjadi lawyer termasuk si lawyer buruk. Dikalangan puak-puak tikus ramai yang tersalah sangka, kadang-kadang si tikus mondok menyerupai si ular sawa.

Nak dijadikan cerita, tersebarlah di seantero ladang labu akan rancangan jahat seekor tikus mondok bernama D.K Singum Al-Kallingga. Kononnya mengatur perlantikan pembesar Timbang-Tara bernama Al Fuluzz C.Balaci dari puak tikus tanah. Rancangan tersebut telah terakam dek CCTV yang dipasang di keliling ladang labu. Video tersebut telah tersebar luas. Puak-puak tikus segera meminta D.K Singum di adili. Badan khas Diraja dikalangan puak tikus telah dilantik untuk mengadili kes ini. Akan tetapi. Tikus mondok bernama D.K Singum punyai magis tersendiri. Menteranya bisa merubah diri. Menjadi seekor ular sawa. Punya lidah bercabang tiga. Bersegi-segi.

Badan khas menjadi buntu. Mati-mati D.K Singum si tikus mondok mengaku dirinya si ular sawa batik. Bukan si tikus mondok. Para saksi dipanggil seantero negeri. Masing-masing berhujah membawa bukti. D.K Singum menyanggah lagi. Katanya dia ular sawa yang mabuk todi. Kata- katanya tak boleh dijadikan bukti lagi. Sambil tersenyum DK Singum membelit lagi. Kali ini menyesakkan nafas para juri. Yang pasti. Si Al Fuluzz C.Balaci dah pun lari. Selesa di labunya sambil mengoyang kaki. Ceh!

Sunday, January 20, 2008

Epilog dari Tokyo (4)- Oh Pedang Samurai!

Beli pedang Jepun @ Katana! Itu misi aku. Sejak dari Kuala Lumpur aku dah berangan untuk beli pedang samurai. Aku tekad. Aku nekad. Sejak kecil aku dah terpengaruh dengan cerita ninja dan samurai ni. Sampai sekarang. Kalau anak aku tengok cerita Naruto. Aku tumpang sekaki. Dulu tak ada lagi cerita Naruto ni. Yang ada cerita ninja bersiri. Kalau tak salah aku nama hero dia Sasuka. Yang boleh melompat macam tupai tu.


Misi bermula. Aku ke Asakusa, Tokyo, kota yang terkenal dengan banyak kuil tu. Kat sini banyak kedai-kedai menjual cenderamata termasuk pedang samurai @ katana. Aku melangkah masuk ke kedai pedang tu. Bagai pahlawan melayu yang sesat ditengah kota Tokyo. Tanya harga. “How much?” tokey tu jawab “ USD1,000.” Ooooo..” sambil aku mencebik muncung mulutku.. “This one?” tunjuk aku yang lain. Tokey tu jawab lagi “ USD400, this is cheap one. Are you interested?” Aku senyum je. Sambil kira duit Yen dalam poket aku. Rata-rata katana berharga sekitar USD500-USD1000. Aku tekad. Aku nekad. Aku nak beli juga. Aku beli satu untuk Meor, Zubir, anak aku. Dan. Dua untuk aku. Aku puas. Aku tak kira. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang beli biar puas. Aku kira jumlah semua . 250 darab 5. 1,250. tapi bukan USD1,250 tapi Yen 1,250 @ RM40. Aku beli juga pedang. Tapi bukan pedang samurai sepanjang 2 kaki, tapi key-chain pedang samurai selebar tapak tangan. Aduhai.

Saturday, January 19, 2008

Epilog Dari Tokyo (3)- Diaper @ Pampers Angkasawan.

Sebelum Dr. Sheikh Muzaffar memasuki satellite station, aku dah masuk dulu. Bukan yang di ISC tapi di Tusukuba, Ibaraki. Ini satellite station terpakai. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari Tokyo Station. Walaupun Ayah Pin dakwa dia dah sampai langit, tapi tak boleh dijadikan bukti sebab dia lupa untuk sain buku pelawat di ISC space station. Tak ada bukti. Kalau masuk court kena buang kes.

Ibarat rusa masuk kampung. Kami ber-enam tercanggak-canggak melihat kecanggihan teknologi angkasa lepas. PR Tsukuba Space Station, seorang Amoi Jepun, bersungguh-sungguh menerangkan dalam slang US nya sambil menjeling pada Said Al-Joker yang turut bersungguh cuba mengoratnya. (Said berjaya juga bergambar dengan Amoi tersebut dan mendapatkan alamatnya untuk tindakan susulan. Ceh!).

Dalam banyak-banyak bahan pameran, aku teruja dengan pakaian astronaut tu. Canggih. Banyak button. Harga dalam 10 juta dollar sepasang. Otak kanan aku merawang. Cuba cari jawaban. Susah nak pakai baju ni. Mesti susah nak buka. Kena pakai berhari-hari. Macam mana nak kencing-ber*k? Dengan bangganya aku tanya. Dalam slang US juga ( tapi versi Ulu Selangor). “Err..Miss. How this astronaut want to Pee or Poo ?” Dengan bangganya jugak, PR tu menjawab. “ They have special diaper for that purpose. The diaper will process that waste”. “Oooooo” angguk aku, tanda faham. Tak apalah. Aku tak nak jadi angkasawan. Walaupun aku pernah ada cita-cita dulu. Aku lebih selesa dengan jamban duduk atau jamban cangkung. Atau setidak-tidaknya di tepi sungai ataupun di tepi semak. Itupun kalau aku ikut expedisi masuk hutan berhari-hari. Rekod terlama aku pernah tak ber*k adalah selama 5 hari dalam hutan. Bukan apa. Takut pak hitam atau pak belang sekodeng aku nanti. Maklumlah buat projek tersembunyi… Hmmm.


Gambar seorang "angkasawan" terlepas di satellite station yang sedang dlm pembikinan.

Thursday, January 17, 2008

Epilog Dari Tokyo (2)- Jalan-Jalan Cari Makan

Part I

Di Jepun, ada dua perkara yang sukar. Bahasa. Dan. Makan. Tak ramai yang fasih berbahasa Inggeris di Jepun. Kalau setakat kau tengok orang pakai kot. pakai tie. Tak semestinya dia boleh berbahasa Inggeris. Di Jepun, pemandu teksi pun pakai kot. Hatta peon dia pun pakai kot. Antara kami ber-enam, biasanya aku yang kena jadi jurucakap. Bukan sebab aku pandai cakap Jepun.Bukan sebab misai aku macam misai orang Jepun. Bukan. Aku cuma tahu beberapa patah jer. Moshi!Moshi! Sumimasen! Ohayo Gozaimasu!. Sebabnya kalau aku speaking orang putih, pasti ada telo Jepun sikit. MacamAnooo, watashi want a to order rice.rice! sambil angguk-angguk. Kemudian bila dia jawab. Hait!..Anoo...WaaKaaaOoaaToo..SoooDess.. .Kaaa..Aku akan kata. Ooooo Assoooka? Buat macam faham. Padahal satu habuk pun aku tak faham.

Part II

Hari tu. Di Chiodaku, Tokyo. Kami nak tukar selera. Hari-hari makan fish burger Mac Donald. Muka pun dah jadi macam burger. Kami nekad. Nak makan pizza. Dengan bangganya kami melangkah ke restoren pizza yang berprestij di tengah kota Tokyo. Macam biasa. Aku kena order. Nak sebut pizza makanan laut aku tak reti. Aku cuma cakap. Watashi want Fish Pizza! Fish Pizza! No Pig! No Pig! Mamat pelayan Jepun tu tercegat. Tak faham. Kemudian aku cakap. Vegetable Pizza? Dia tak faham juga. Alahai. Said Al-Joker siap buat isyarat tangan macam ikan. Dia tak faham jugak. Alamak. Orang sekeliling yang bermata sepet tu dah mula gelak kat kami. Kurang asam betul. Aku kehabisan idea. Tiba-tiba Said Al-Joker keluarkan wallet dia. Aku ingatkan dia nak kasi tip. Rupa-rupanya dia keluarkan flash card. Macam flash card budak-budak tadika tu. Satu gambar ikan. Satu gambar bawang. Dia tunjuk kat mamat jepun tu. Mamat tu angguk-angguk tanda faham. Lepas tu kami makan seafood pizza. Sekenyang-kenyangnya. Terima kasih Said. Sekarang aku lebih faham.lepas ni kena bawak dictionary bergambar. Huh!

Epilog dari Tokyo ( 1)

Part 1

Kami ber-enam. Di jemput untuk satu kursus Jalur Lebar (Broadband) di Shinagawa, Tokyo. Aku. Dua dari Oman. Satu Thailand. Satu Cambodia. Satu India. Kami berkampung di Prince Hotel, Shinagawa, Tokyo. Semua disponsor. Dari tiket kapal terbang. Makan. Minum. Tidur. Bak kata semua. Cuma aku. Beg overloaded. Bukan sebab bawak baju. Tapi penuh dengan rendang, sambal, kari dan serunding. Cap Brahimm & Adaabi. Perut melayu la katakan. Lagipun mak aku kata. Aku allergic makan Sushi. Nanti cacing keluar di mata.

Part II

Masa di Shinagawa, Tokyo. Kawan aku dari Oman, Said Al-Joker. Tiba-tiba dapat idea nak pergi Disco. Ahh sudah. Aku kata. Apa pulak si Arab ni merapu. Aku joget lambak pun tak reti. Nak suruh buka bunga silat bolehlah. Tiba-tiba mentol idea dia menyala lagi. Nak ajak amoi Jepun katanya. Alamak. Aku bertambah risau. Mana pulak la dia nak cari Amoi Jepun ni? Dia kata tak apa. Itu small matter. Dengan langkah romeo dia pergi ke kaunter Mac Donald di Shinagawa Street dan mengayat seorang amoi jepun, dikaunter Mac Donald. Kami perhatikan. Berabuk dia speaking. Macam kasanova baru terlepas dari Itali. Lebih kurang macam ni.

Said : Errr..Miss. Hi..I’m planning to have some happy time with my friends tonight.

Amoi Jepun : (..mengangguk-angguk sambil tersenyum..)

Said : Errr.. probably we would like to find a good disco around here, do you have any idea where is the good place for that?

Amoi Jepun : (..mengangguk-angguk sambil tersenyum lagi..)

Said : Errr..I wonder probably you would like to join us? Can you? I’ll buy you a dinner.

Amoi Jepun : Err..yes sir. What you like to have again? Fish Burger? Or Cheese Burger with Fries? Any drink? Coke? Sprite..sambil tersenyum lagi. Dan mengangguk-angguk lagi.

Kami: HAaaahAHAHaahhAHHhaa….padan muka ( kami gelak bagai nak putus urat kentut). Aku dah kata. Kalau setakat pelayan Mac Donald kat Jepun, dia orang cuma hafal beberapa patah perkataan English. Yes Sir ! Fish Burger! Cheese Burger! Fries… Sudahnya kami tak pergi hari tu. Selamat aku. Hahahaha.

Hantu High Class ( Siri Tok Moh)

Telefon bimbit Tok Moh menyanyi lagi. Lagu Dealova. Tok Moh tengok nombor misteri. Tok Moh jawab. Rupa-rupanya ada panggilan emergency. Pesakit Tok Moh dirasuk lagi. Tok Moh segera berangkat pergi. Bawak keris pusaka Naga Sostro 7 inci . Selempang Jawa berwarna pelangi. Sampai depan pesakit. Tok Moh baca jampi. Terkumat-kamit. Hembus kanan. Hembus Kiri. Tok Moh pejam mata. Bukan apa. Pesakit cantik jelita. Takut rosak jiwa. Tok Moh ambik lada hitam. Tekan di jari kirinya.

Tiba-tiba pesakit menjerit. Keluar suara garau. Macam suara Bandii kumpulan Amukk. Adoii ! sakit la ngokk! Tok Moh tekan lagi. Tok Moh tanya."Kenapa kau kacau budak ini ?” Hantu jawab " Sebab aku minat kat dia”. Tok Moh angguk-angguk. Geleng-geleng. Sambil kata dalam hati. “ Oooo..ada secret admire budak ni…patut pun, lawa” Tok Moh jerkah lagi. “Dari mana kau datang?” Hantu senyap. Tak menjawab. Tok Moh Tekan lagi dengan lada hitam. Hantu menjerit. AWWW! Sakit la. Jangan la dera I. Rayu si hantu yang dah berbunyi macam hantu pondan belakang Colesium, KL. Tok Moh jerkah lagi. “ Kau ni Jin Afrit ye!”. Bukan-bukan! itu Jin Toncet ! mana ada class dengan aku !” jawab si hantu…

Tok Moh senyum sendiri. Kemudian termenung.. Ooooo. Hantu pun ada kasta juga ya. Macam manusia juga. Bikin kasta sendiri.

Ps: Jin toncet adalah sejenis jin yang rambutnya cuma tumbuh ditengah kepala dan mengikat rambutnya dengan stail tocang tegak (90 darjah).Cerita ini separa benar.

Wednesday, January 16, 2008

Kun Faa Yaa Kunn

Entah apa dejavu Tok Sidang pagi ni. Semuanya serba tak kena. Duduk salah. Berdiri pun salah. Mencangkung pun salah. Firasatnya bersimpang-siur. Bila Tok Penghulu panggil nak jumpa, sakit perutnya yang tadi memulas-mulas bagai nak terkucil, terus hilang. Apa hal ni? Fikiran Tok Sidang mula meracau. Tok Penghulu kata. Sultan nak jumpa kau. Alamak. Tok Sidang kaget. Peluh-peluh dingin mula mengalir dari dahinya yang jendul. Firasat buruknya kembali meragas. Mulut Tok Sidang terkumat-kamit. Baca doa penyejuk hati. Puh Kiri! Puh Kanan! Berkat doa Baginda Ali. Moga semua sejuk. Jangan main-main. Kata suara hati Tok Sidang. Silap-silap dilempang Sultan. Suara hati Tok Sidang menokok.

Tok Sidang cuma pembesar bawahan. Apalah dia tahu sangat sampai Sultan nak jumpa? Di iringi Tok Penghulu, Tok Sidang melangkah cemas ke balairongseri . Dari jauh dia tengok asap curut Sultan berkepul-kepul seperti berkepul-kepulnya fikiran Tok Sidang masa tu. Nafas Tok Sidang turun-naik. Macam Nafas kuda tua baru lepas race. Tok Sidang cuba bertenang. Cuba nampak cool macam Keenu Reeves. Tapi tak jadi. Muka Tok Sidang nampak macam Shrek je. Sultan Tanya. “Beta nak bersidang dengan pembesar- negeri hari ni, apa agendanya”. Alamak. Tok Sidang kaget lagi. Kenapa sultan tanya aku? Sesekali Tok Sidang menjeling dekat Tok Penghulu. Tok Sidang jawab “ hari tu.. Tuanku minta patik aturkan perjumpaan dengan pembesar-pembesar negeri, pasal pembesar negeri bergaduh sesama sendiri berebut harta faraid.” . Ooooooo” kata Sultan lagi. “ Siapkan teks ucapan beta, nanti beta sampaikan amanat beta ni. Biar semua sekata. Tak bergaduh sesama-sendiri. Arah Sultan pada tok penghulu. Tok penghulu menjeling pada Tok Sidang lagi.

Tok Sidang faham. Dia kena siapkan. Biasalah. Tok Sidang cuma marhaen bawahan. Tok Sidang siapkan semua aturcara. Persidangan pun bermula. Tok Sidang cuma tunggu di tangga. Kasta berbeza. Tok Sidang tak boleh ikut sama. Biarkan, biarkan. Tok Sidang tak kisah. Tok Sidang yang mengikut perintah. Yang penting bila bulan mengambang penuh. Beras dirumah Tok Sidang akan penuh dan poket Tok Sidang penuh juga. Dapatlah berbelanja. Tapi hati Tok Sidang tak sedap juga. Takut Sultan murka. Takut Tok Penghulu mengamuk dengan persiapan yang disediakannya. Tiba-tiba Tok Sidang teringat. Kata-kata azimat dalam kitab lamanya. “ Law of attractions, universe will react to your thoughts” kata kitab tu. Betul juga. Fikir positif. Fikir positif. Kata suara hati Tok Sidang. Tapi Tok Sidang tak sedap hati juga. “Pada siapalah aku nak mintak tolong ni. Kalau Sultan murka. Habis aku. Mesti dilempang Sultan. Sakit dapat. Malu pun dapat, mesti dibuang kerja. Silap-silap kepala aku dipenggalnya”. Tiba-tiba Tok Sidang nampak satu cahaya. Cahaya putih. Terus menuju ke jantungnya. Hati Tok Sidang terus berkata. “ Mintalah pada yang Satu. Dia yang memiliki segalanya. Waima hati manusia pun dalam GenggamanNya”. Betul. “Suara hati tak pernah menipu.” Bisik Tok Sidang.

Tok Sidang terus ke perigi istana mengambil wuduk. Dibentang kain selempangnya mengadap kiblat. Tok Sidang mulakan solat sunat Dhuha. Ussalliii…Tok Sidang terus hilang dalam kenikmatanNya. Kusyuk. Penuh Tawaduk. Pasrah seorang hamba mengadap Sang Penciptanya. Habis Solat, Tok Sidang teringat bait-bait doa Solat Dhuha. Terus menadah tangan berdoa.

“"Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu dhuhaMu,kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,turunkanlah, jika rezekiku di dalam bumi, keluarkanlah, jika rezekiku sukar,mudahkanlah,jika ia dari sumber yang haram maka sucikanlah,dan jika ia masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu, dan kekuasaanMu, limpah dan kurniakanlah kepada hamba-hambaMu."

Habis berdoa tiba-tiba Tok Sidang dengar suara memanggil. Suara Tok Penghulu. Tok Penghulu ceria. Wajahnya bercahaya. Bawa khabaran gembira. Katanya “ Sultan gembira. Pembesar-pembesar negeri semuanya dah sekata”. Sultan nak kurniakan tanah hujung desa pada Tok Sidang atas tanda penghargaan..” Tanpa Tok Sidang sedari tiba-tiba air-matanya berlinang. Bibirnya terus mengukir senyum gembira…terus dia mengangkat tanganya kembali “ Ya Allah, janjimu benar. Aku redha dengan nikmatMu. Amin.

Ps: Ini Cerpen (cerita pendek rekaan) bukan Cerben (cerita benar). Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Monday, January 14, 2008

Siri Bercakap Dengan Jin ( Siri 1)




Takut. Kecut. Seram. Berdiri bulu roma. Atas bawah. Itu yang berlaku. Kat Aku. Satu ketika dulu. Cerita pasal hantu (jin/syaitan) memang menyeramkan. Tapi aku nak cerita kisah benar. Kisah mistik. Misteri nusantara. Banyak siri. Ni siri satu. Pengalaman aku. Kisah benar. Dulu. Kini. Dan tak tahu sampai bila aku akan terserempak dengan benda-benda ni. Harap-harap tak lagi. Kali pertama aku jumpa. Tahun 1988. Masa tu tengah muda-remaja. Happy go-lucky. Masa tu aku ikut satu expedisi mendaki. Di gunung Ledang. Gunung tersohor dengan kisah misteri. Tempat bersuluk sang paranormal.Kisah puteri Gunung Ledang. Kisah Adi Putra. Guru Hang Tuah lima saudara. Bukan Adi Putra versi budak genius matematik tu. Bukan. Ini versi Adi Putra yang janggut panjang. Yang pandai bersilat.

Waktu tu hari terakhir expedisi aku. Dalam perjalanan pulang. Laluan turun dari Asahan Melaka ke Sagil, Johor. Waktu remang senja. Maghrib. Sebab masing-masing kepenatan. Kami terpisah. Aku kat tengah-tengah. Jalan seorang diri. Konfiden je masa tu. Waktu tu tak fikir pasal hantu ni. Tak ada langsung. Sungguh. Sedang aku berjalan macam itik waktu tu. Aku nampak. Satu lembaga. Dalam jarak 10 meter pada aku. Langkah aku terhenti. Badan aku macam kena karan. Aku terkujat. Seluruh tubuh jadi macam orang-orang (macam patung kat tengah sawah tu).

Aku nampak. Besar sungguh “dia”. Macam Gorilla. Macam Bigfoot. Berbulu satu badan. Hitam. Berserabut. Atas bawah. Yang best tu dia duduk bersila. Setahu aku monyet sarkis pun tak pandai duduk bersila. Mata dia putih. Tak ada mata hitam. Tenung aku. Usha aku. Gabra siot. Macam nak pengsan. Badan aku memang dah jem. Aku baca ayat quran pun dah tak menjadi. Berterabur. Aku kuatkan semangat. Pusing 360 darjah. Lari. Beg galas pun tak rasa berat. Macam bawa kapas aja. Masa tu kalau catat masa mungkin boleh kalahkan Rabuan Pit. Atau setidaknya menyamai Carl Lewis. Sebab masa tu Blog tak famous lagi. Tak terfikir pulak aku nak ambil gambar. Buat bahan bukti. Kalau tak. Boleh kita tatap sama-sama. Atau aku jual kat TV3. TV9. Astro. Masuk surat khabar.

..Sambung. Aku lari cari kawan-kawan. Muka aku dah pucat lesi. Dari coklat sawo matang. Jadi hijau. Kemudian tukar jadi unggu. Kawan-kawan aku pelik. Aku senyap je. Menikus. Lepas seminggu baru aku cerita. Itu pengalaman aku. Yang pertama. Lepas tu aku terus mengkaji spesis tu dan seangkatannya. Sampai hari ni. Aku masih mengkaji. Kalau orang cerita Bigfoot kat Kota Tinggi, Mersing tu aku percaya. Sebab aku pernah jumpa. Cuma aku rasa. Bigfoot ni bukan spesis binatang tapi jin yang menunjukkan rupanya. Kata orang tu. Tu namanya Hantu Rimba. Hantu Raya. Tak Ada tuan. Hidup terbuang. Tapi aku panggil hantu Bulu-bulu. Eeeiii geli-geleman.. Rambut atas tak sikat. Bawah pun pun tak sikat. Memang tak hensem. Aku tak nak jumpa lagi. Sungguh. Cukuplah sekali. Ini cerita benar. Nak percaya. Percayalah. Aku tak paksa. Ada lagi.. Bersambung siri ke dua. Jeng. Jeng. Jeng.

Apa Woi-Woi !

Aku minat filem P. Ramlee. Minat Betul. Entah berapa kali tengok pun aku tak ingat. mungkin berpuluh.mungkin beratus. tak pernah bosan. tak pernah jemu. sungguh. tak tipu. macam ada karan filem dia ni. terutama versi bujang lapok. Sampai aku hafal skripnya. Ada yang menusuk dikalbu. Sedih. Sayu. Gembira. Lawak. Penuh tawa-ria. Satu yang masih aku ingat. babak penting dalam filem seniman bujang lapok. penuh makna. penuh sindiran. tajam. tepat. Gambaran masyarakat kita.Orang kita. Umpama ketam batu. orang tarik kawan keatas. dia tarik kebawah. mana nak maju.

Adegan itu adalah ketika Ramlee, Sudin dan Aziz bertemu dengan watak tuan Singh yang bertugas sebagai ‘jaga’ di studio Jalan Ampas. , Sudin tanya soalan kepada tuan Singh dalam nada kurang sopan. lalu kemudiannya di’bahasa’kan oleh jaga itu. Kata tuan Singh …
“Apa panggil woi woi .. cakap baik-baik tak boleh ka ? Apa lu ingat saya sini duduk serupa batu ka ?”
Seterusnya, setelah mereka di bawa masuk berjumpa Kemat Hassan, Singh mem’bahasa’kan pula seorang lelaki yang memperkecil-kecilkan hasrat Ramlee, Aziz dan Sudin yang ingin mencari kerja.
Kata tuan Singh lagi … “itu diorang baru mau cari kerja lu sudah marah .. apa macam lu punya bangsa mau maju ? lu punya rezeki lu makan, dia punya rezeki dia makan, apa salah lu makan sama sama ?”
Itulah kan. Orang kita. Wajah kita.